Isnin, 27 September 2010

DEY ! ( Tun )

Aku sungguh bosan hari ni. Takde keje langsung nak buat. Tadi ada la rasa nak buang air besar. Tak jadi.....

Lepas tu ada pulak terasa nak makan maggi.
Tak jadi.....

Selepas lepas tu, ada pulak rasa nak melabuhkan punggung (bahasa kasar : bontot) dan kepala kat katil sambil bermimpi Nora Danish.
Tak jadi jugak.....

Jadi, aku mengambil inisiatif untuk bertapa 3 hari 2 malam untuk belajar cara membuat roti canai terbaik di Malaysia.
Tak jadi lagi.....

Akhirnya aku melabuhkan punggung (sekali lagi, bahasa kasar : bontot) kat kerusi pc aku sambil melayari benda paling aku obses dalam dunia. Tak, bukan pornografi. Tapi Facebook. Ye, aku obses dengan Facebook. Agak-agak kalau buat pertandingan siapa online paling lama kat Facebook, aku boleh bet 3 balang tart nenas yang aku akan menjuarai pertandingan itu dengan senang.

Cakap pasal Facebook, aku pernah berborak dengan member aku. Nama dia Ibab.Kalau terbalikkan jadi Babi. Dia single man. Dia ni muka ok la. Maksud aku, OK LA. TAKDE LA HENSEM SANGAT. KALAU LAWAN HENSEM DENGAN AKU, DIA KALAH. Beliau desperate. Desperate mahu bercintan. Maksud aku, bercinta.

Ibab ni manusia yang pelik. Kalau cakap dengan aweks, mesti dia terlepas cakap benda yang tak sepatutnya. Contoh peristiwa tahun lepas.

Aweks : Hey ibab, you boleh tolong I tak ?

Ibab: Aku suka t***k kau. Besar dan bulat.

PAP


*pap tu bunyi penampar bagi sesape yang tidak tahu

Cis, teruk betul perangai.

Semalam, aku melepak dengan dia. Walaupun sepatutnya ada ramai member join, tapi semua perangai asal text ajak lepak semua buat alasan.


" Tak dapat ah malam ni, letih driving "


" Letih main paintball ah siang tadi "


" Letih dating ah siang tadi. "


Cis.


Jadi, sedang aku berborak dengan Ibab, dia bukak cerita pasal aweks.

Ibab : Weh Tun, aku ada jumpa seekor aweks ni

Betapa kurang hajar beliau menggelar wanita 'seekor' ? Tak belajar BM sungguh dia ni.

Aku : Oh, ye ke.

Aku seperti biasa mengekalkan kecool-an aku.

Ibab : Serious weh, kali ni aweks ni betul-betul suka kat aku. Awek-awek lain semua penampar aku, tapi dia betul-betul suka kat aku walaupun aku cakap kurang hajar

Aku : Baguslah kalau begitu. Kamu jumpa dia di mana Ibab ?


Aku masih cool lagi waktu ni. Tambah lagi BM aku yang skema.


Ibab : Facebook


Ada gak rasa nak gelak, tapi jahat sangat. Rasa nak penampar sekali pun ada.


Aku : Hoi bodoh, hang serious ke ? Gila ka, awek jumpa kat facebook terus nak serbu.


Sampai tahap ni, aku hilang cool.


Ibab : Ala, kalau aku jumpa dia satu hari nanti, confirm minat.


Aku : Cis, tak mungkin. Dahla kat Facebook letak gambar tin biskut.


Puas gak aku kutuk dia malam semalam. Tak nak tunjuk kat sini, hilang kelelakian.


Dia cerita dengan penuh serious. Mula-mula aku perlekehkan dia, tapi lama-lama dia dah start menangis teresak-esak sebab aku perlekehkan dia, baru aku sedar.


Wow, awek tak pernah jumpa pun jadi eh ?


Tergerak hati aku, cinta si Ibab ni sejati ke tak. Kalau kita tengok cinta budak-budak, walaupun orang tua panggil 'cinta monyet' tapi mereka bercinta penuh ikhlas. Contoh, kalau Dahlan yang baru darjah 2 dah minat sangat kat Hamidah yang juga darjah 2, memang Dahlan tak pandang tempat lain.


Kalau dah besar, camni jadinya


" Weh, awek baru lalu tadi lawa kan "


" Kau bukan dah ada awek ke ? " 

" Ala bukan salah, usya je "



" Habis kalau awek ko dapat tau "


" Awek ada banyak, kalau tak dapat satu, ambik lain. small matter "


Aku rasa nak jadi budak-budak semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan