Sabtu, 28 Ogos 2010

Ikan Buntal ( Tun )

Kenapa ? Kenapa kau buat aku begini ?

Aku cuba semuanya

Aku cuba menarik perhatian kau.

Kenapa kau masih tak layan aku ?

Kenapa ?

Aku cuba semuanya, 

Bunga, kad, kata - kata comel,

Kenapa kau masih tidak peduli tentang aku ?

Kenapa....

Kenapa....



( bapak jiwang sial pagi buta ni )

______________________________________________________________________________________________________________________________________________


Ingat tak zaman pakai seluar sekolah warna biru, zaman kita semua comel especially Fatimah. Ingat ? Ingat ?
Bodoh, takkan tak ingat. Ok, kalau ingat, mesti ingat pasal perangai2 kita yang pelik masa sekolah rendah. Contohnya, bila bomba datang buat demonstrasi, itu adalah benda yang paling cool bagi kita. Atau bila guru besar muncul dekat perhimpunan kita semua akan kata 

" Wow ! Jarang sekali guru besar kita muncul di khalayak ramai ! "

Dan kalau dia berucap,

"Wow ! Seksi gila suara beliau ! "

Dan kalau kita mencarut atau sebut perkataan "babi" sebagai contoh, kita diwajibkan sebut Allahuakbar x10, cakap taubat nasuha x10, dan baca Al Fatihah untuk lebih afdal ( ok mungkin aku sorang je ade pengalaman camni ). Dan kalau orang buli kita atau ejek kita " Bodoh ! ", kita akan segera menangis dan repot kepada guru kelas sebelah yang sedang mengajar teknik memikat wanita ( ok tu tipu ). Rindu gila sial ( padahal baru 3 tahun lepas )

Ok, dan mesti ade peristiwa pelik sebagai contohnya, hantu pocong muncul dalam tandas buruk blok lama. Atau hantu berlegar2 di tingkat atas blok C yang telah ditinggalkan.

Tapi bagi aku, peristiwa yang paling tak dapat dilupakan ialah peristiwa aku tekencing dalam seluar. Ok sila gelak, aku tau korang nak kutuk aku tak gangster sebab kencing dalam seluar... Tapi aku salahkan cikgu aku 

Peristiwa tu masa subjek Muzik. Fuh, aku suka subjek muzik, sebab masa tu je la aku boleh melalak nyanyi lagu M. Dod Kilau sambil menari ronggeng

"Please don't stop the music ! music ! music !"

What the ? Itu lagu Rihanna. Ok, terus cerita,

Masa tu aku memang nak terkencing gila, memang tak tahan ah, tapi aku tak berani nak keluar, sebab guru besar dah berpesan 

" Kalau nak keluar kelas, perlu meminta kebenaran cikgu ! "

Disebabkan aku masih sengal masa tu, aku pikir kalau cikgu belum masuk, tak boleh keluar, kena tunggu cikgu masuk. Kebetulan cikgu Muzik hari ni masuk kelas lambat. Babi sengaja je. 15 minit kemudian, baru dia nak masuk, lega, boleh aku melepas sepuas - puasnya. Aku dah plan dalam hati

"Beri salam kat cikgu ( bajet menghormati guru pulak ) lepas tu terus cabut"

Selepas dah bagi salam, memang aku nak bukak langkah seribu dah, mungkin sejuta, tak sure la, tak kira. Tak kisah, tapi yang bestnya, bila aku betul2 nak lari keluar

" Ok murid2, hari ni, kita baca doa dulu sebelum belajar ye "

Waddefak !?!?!
Bapak sengal, tak pernah cikgu ni suruh baca doa before belajar. Lagipun subjek muzik, APE KEJADAH NAK BACA DOA ?!?! NAK MENYANYI M DOD KILAU PUN KENA BACA DOA KE ?! Aku punya harapan nak melepas punah - ranah, hancur - bedebur ( insert ayat yang sesuai di sini ). Memang tak puashati betul dgn cikgu tu, Budak2 pulak baca doa harakat nak betul2 perfect

" Bismillaaaaaaaaaaaaaaaah ( pause sekejap ) hirrraaaahmaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan ( pause lagi ) nirraahiiiiiiiiiiiiiiiiiiim "

Itu tak kira campur Al Fatihah segala lagi. Babi, aku punya Pundi Kencing macam nak explode dan mengeluarkan jus kuning. Hati aku sakit macam kena cocok dengan senduk. Kaki aku goyang2 macam menari twist, cuba untuk menahan sampai habis doa. Last2, aku tak tahan.

ZUUUUUUUUUUUSSS

Aku pecut keluar kelas. Baru je aku lepas melangkah keluar kelas. Bunyi yang amat familiar sangat muncul

pssssssssssssssss

BABI ! Aku terkencing dalam seluar betul2 depan pintu kelas, di hadapan khalayak ramai. Aku pun terus menangis sebab aku malu ( pelik kan ? malu pun boleh menangis.... ) Cikgu pulak boleh tergelak. Bangang, aku tengah tension memikirkan masa depan aku boleh pulak dia gelak. Pastu cikgu aku cakap

" Eh, Tun ! Kenapa tak cakap nak terkencing, takpe kamu tunggu je kat situ dulu "

What the ?
Aku nak menghormati cikgu dia pegi marah aku balik. Pastu suruh aku tunggu pulak kat situ. Jadi, aku menangislah sambil seluarku basah sambil mengeluarkan bau yang sangat hensem.

Korang penah gak kan ? Ala cakap je la, penah kan ? kan ? kan ?.....
What the ? Takkan aku sorang kot......

Pita Pembetulan (karya FlicknFlwok)

 Setelah berasa bosan di dalam kelas , aku pon keluarkan barang yang ada dalam poket seluar. Keluar2 je ada Pita Pembetulan ataupun correction tape. Aku pon saje2 buat bodoh dan tanya kt kawan aku siapa yg cipta pita tu.


Aku: Siapa cipta benda ni?

Pah: Frankenstein . weh jgn usik tu. Nnti Frankenstein marah. Xsiap lagi ciptaan tu.

Rep: korg ni xde kerja ke?

Pah: ala ko bising Cendol. aku taula Frankenstein tinggal kt bawah rumah ko.

Aku : Aku nk jugak benda tu. cmne nk dpt.

Pah: ko suruh Rep minta kt Frankenstein. Ataupun ko jumpa je dia.

Aku: ok. kalau camtu , dia solat terrawih kt mana slalu. leh aku jumpa dia.

Pah : Ntah aku xtau. Ko tanyala Rep. Diorgkan duk sebumbung.

Rep: Frankenstein mana ni duk bawah rumah aku. Xpernah nampak pon

Pah : Ya Allah Rep. Frankenstein pon xkenal. Ala yang halloween tu.

Aku : Ko ni Rep. xkan xtau. yg warna hijau tu.

Rep : aku taula Frankenstein tu siapa.

Pah : tahniah. tp ko xtau kenapa dia warna hijau. Sbb dia suka makan cendol. Betul x Epan?

Epan: Betul tu. sama juga dgn toyol. Asyik minum cendol. Rep, ko kn suka makan cendol. nnti leh lari laju macam toyol.

Rep : Oh ye ke. xtau plak aku.

Aku: haha. betul tu.Weh Mar, toyol ngan Frankenstein tu hijau sbb kuat makan cendol. Maknanya Rep leh jd pandai mcm Frankenstein laju mcm toyol.

Mar : Weh, ada satu lg benda hijau. Hulk.

Aku : aah. Itu kuat makan cendol. tgk. hebat gila Rep.Leh jd kuat mcm Hulk laju mcm toyol pandai mcm frankenstein.


Ok itu sajalah. pelik betul. drpada correction tape terus cite pasl cendol. Ye mmg betul kwn aku tu, Rep suka makan cendol. Dah makan je steam. xde ah aku tipu. Tp sekarang Brade Cendol dh xde dh. Kesian Rep xdpt nk beli cendol. Okla itu saja. Aku kongsikan gambar Rep the Cendolman  




Kisah jaga Parking Kereta (karya FlicknFlowk)

Yo yo yo wat up wat up. Ceiling Fan. Ok minta maaf . Kali ni Gedik Krayon yg ingin berkongsi kisah pulak. Sejak mengetahui  Gedik Krayon itu merupakan  gelaran bagi orang India , terpaksa tukar nama random.

Ok kisahnya bermula pada hari pertama bertugas. Ada seorang lelaki cina bajet gangster  parking kt tepi tong sampah . Aku pon xnaik hangin tp naik darah. 
"Weh boy, x boleh la parking kt sini. Alih sekarang kereta ko tu."          

"Apa boy2. Aku pelempuan la sohai lapsap(pergh, terkejut aku kt cina tu. xperasan dia ada b0obs). Ini apa kelek sgt pelangai kamu.cibai punya olang . Kenapa xboleh Parki......"

"Apahal ko nk marah aku amoi. Dah tugas aku jaga parking. Nampak x tag ni "Penjaga Parking". Aku ada kuasa nk kasi parking atau tidak. Dahlah first day aku bertugas ni pstu ko nk tengking kt aku apahal."

"yela, tp kenapa xboleh parki..."

"Dahlah salah parking, pastu nk marah2 aku. Aku tegur sahaja kesalahan kau. Sekarang  ko start enjin kereta, alihkan ke tempa..."

"WTF DIAM LA CHU. Aku mmg nk alihkan ini punya kereta tp apa kesalahan aku (air liur terjatuh. Kebetulan ada kucing kt situ terkena air liur tersebut. Kucing pandang atas lalu "miaow")

"Cakapla awal2.Kesalahannya kereta kamu terlalu hensem. Mana boleh letak kt tepi tong sampah. Nnti xhensem la kereta"



Ok pastu tiba2 je aku kena tampar. Tp still hebat kan cara aku bertugas.



Ok sejak itu , bertambah peminat2 aku. Macam2 cara mereka tunjukkan keminatan mereka terhadap aku. Ada yang bakar spender bakar coli sambil menjerit . Ada yang bawak banner tulis " WTF ko jaga parking mcm sakai"atau "Weh Gedik Krayon, mana video muka belah tu?" Ada yang bertepuk tangan apabila muka aku ditampar . Boss aku pon dh berulang2 ckp kt aku "you're FIRED" Aku cukup bangga dgn kata2 boss tu. Aku faham maksudnya "anda terbakar." Boss aku tu bermetafora. Dia cakap aku terbakar sbb  kebakaran tu menggambarkan kehebatan aku ketika bertugas. Boss pon dh gembira sgt dgn aku sampai mencekik-cekik aku.

Aku bangga dengan kerja aku sekarang.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Asam Pedas Ikan Pari Bakar ( Tun )

Ok ah, sebab aku malas gila nak menaip Tun V.T. Sambanthan ( itu boleh taip pulak ) dekat tajuk, aku mengambil keputusan menggunakan nama samaran / camouflage yang baru iaitu : Tun. Jadi sila panggil aku Tun sekarang jugak.

Hal yang aku nak cakap ni takde kaitan dengan tajuk di atas. Sebab bulan puasa kan tak elok cakap pasal makanan, nanti makruh ( alim tak? alim tak? puji laa... ). Sebenarnya, aku nak meluahkan perasaan aku. Memang aku tengah emosional sekarang ni. Kalau orang jawa dia kata ' touching ' atau kalau nak lebih comel, ' tacink '. Bukan apa, otak aku tengah celaru gila, pening dibuatnya aku memikir pasal hal ni. Aku nak explain pun susah la, aku tunjuk gambar je la.




Ye, facebook. Memang facebook tengah memeningkan kepala otak aku. Aku tak paham. Aku tak paham betul

Tak paham kenapa dia letak nama 'facebook'. Tak ke facebok tu maksud dia muka buku. Cuba kalau dia letak kat dalam ayat BM. Dialog ini berlaku di antara aku dgn member aku yang bernama Chombi ( nama palsu )

" Weh, ko ada buku muka tak ? "

Dia balas.

" Hah ? Ape ko merepek ni bodoh "

Dasar tak guna, senang2 je aku kena bodoh. So aku explain la kat dia.

" Ala, benda yang tengah popular tu, semua orang ada. "

lepas tu baru dia sedar,

" Oh facebook, cakap la awal2 bodoh, ko ni memang kuno la, mana ade orang panggil buku muka "

Apa salah aku sampai kena kutuk bodoh lagi ? Mulut si Chombi ni memang tak censored betul la. 
Tapi dia ni, aku bukan kuno, aku cuma tak biasa menggunakan Bahasa Inggeris. Aku tak pandai nak sebut, nanti kang tersalah sebut dah malu. Jadi aku sentiasa translate ayat bahasa inggeris jadi BM. contohnya

What the Fuck ? = Apa itu jolok ?
Holy shit ! = Taik suci !
Hey honey, you look hot today = Hai madu, kamu nampak panas hari ni 

Paham tak ? Jadi, aku dalam dilemma sekarang ni....




Selasa, 24 Ogos 2010

Cinta Kepada Binatang ( Karya Tun V.T. Sambanthan )

Tanggal 17 haribulan Ogos yang lepas, aku telah terserempak dengan satu video ni. Video tu pasal penderaan manusia kepada haiwan especially kucing. Dia pijak2nya kepala kucing tu sampai penyek, punyalah aku naik hangin, batal puasa aku 3 saat 27 detik ....

Aku ni agak tidak berpuas hati dengan binatang yang diberi gelaran kucing. Tapi aku bukan benci sangat kucing, malah aku pernah bela seekor kucing dulu. Tapi naik menyampah asyik2 nak kencing kat katil aku je. Dahla kencing, berak lagi. Pastu dia bergolek2 kat atas najisnya bagi sama rata permukaan najis dia kat atas katil aku ( macam tayamum ). Aku pulak kena bersihkan -__-. Tapi takdela aku benci sangat kucing sampai dipijak-pijaknya kepala, dicungkil biji matanya ( nanti aku tunjuk video tu )

Jadi sebagai memperingati korang supaya tak mencederakan haiwan, ade beberapa kisah

Kisah 1 : Atuk

Atuk dengan opah aku ni duk kat bandar, pastu lot hujung sekali, so ade tanah sikit, diorang bercucuk tanam. Punya la cantik, rumput warna hijau bak kain dan samping budak sekolah agama, pokok bunga berwarna - warni macam kain pelekat aku, pokok semua lawa je meninggi, sedap dibuat tempat memanjat. Pada suatu hari, sedang aku dan parents aku melawat atuk dan opah kesayangan. Secara tiba - tiba, Atuk aku mula bercerita tentang kucing

" Kucing tu asyik berak kat taman aku je reti, kalau nak berak pun, pakai la pampers ke, bersihkan tempat najis dia ke. Tak pun pegi berak kat Restoran Tipah ( bukan nama sebenar ) kat depan tu !"

Atuk aku ni problem betul la. Kucing nak makan pun tak pandai basuh tangan, tak pandai guna sudu, nak suruh diberaknya dengan teratur, lagila tak boleh. Pastu dia berkata lagi 

" Hari tu aku nampak kucing tu nak berak, aku cepat2 ambik lastik, lastik guna batu, tapi terkena kereta orang, pecah cermin "

Opah aku dari jauh menjerit 

" HAA ?!?! APAK ( gelaran for atuk bagi sesape yang tak tau ) PECAHKAN CEMIN KETE ?!? "

Atuk aku balas 

" Eh, bukan dah pernah cerita ke ? "

" MANA ADE !!! APAK NI ! KESIAN ORANG TU !!! "

Dengan serta merta atuk aku sedar dia telah bocorkan rahsianya. Dia pun dengan serta merta pura2 tak dengar apabila opahku mula meleter. Teruk betul perangai atuk aku ni ( Cheh, like grandfather like grandson )
Jadi moral of the story : Jangan main lastik, nanti kena leter dengan bini ( ape kaitan dengan kasih sayang terhadap haiwan ??? )


Kisah 2 : Lembu

Ini cerita pasal aku on the way balik kampung lain. Kampung ni memang old school. Ada orang pakai kain pelikat tak pakai baju naik motor vespa keliling kampung cari awek. Ada orang yang keje dia naik lembu sepanjang hari. Ada yang keje dia main kat parit cari ikan gaduh ( aku tak tau nama ikan tu, tapi yang sure, best bila tengok diorang gaduh ). Dan penuh dengan binatang ternakan.

Kisahnya pabila aku dah masuk area tu, bapak aku dengan sengaja berhentikan kereta, tunjuk kat adik2 aku lembu. Adik aku kecik masa tu, jarang nampak lembu jadi bagi diorang lembu itu adalah perkara yang sangat romantis ........ eh silap, perkara yang sangat rare. Aku pun pada masa tu agak jakun, tengok lembu macam tengok monyet naik motor buat wheelie kat Lebuhraya Utara - Selatan ( korang pernah nampak ? Tak kan.... )

Jadi, untuk memfamouskan nama lembu tu, aku pun dengan gembiranya merakam. Bapak aku berkata

" Haa ini lah lembu, lam mim ba wau, LEMBU ( betul ke eja jawi camtu ? ) yang korang suka makan sangat tu "

Sedang2 aku dengan adik2 aku asyik melihat lembu tu makan rumput, dgn kamera merakam. Lembu itu dengan serta merta mengeluarkan najis ( APAHAL CERITA AKU SEMUA ADA KAITAN DENGAN NAJIS ? )

CAAANNTEEEEEEEK je dia melepas dekat depan kitorang, memang aku tak puas hati betul dengan lembu tu. Ade ke aku nak memfamouskan dia, dia boleh pegi berak. Cheh, lembu punya lembu.
Jadi moral of the story : Jangan berhentikan kereta semata2 nak rakam aksi lembu makan rumput, nanti dia kasi aksi yang amat menjijikkan( Sekali lagi, ape kaitan moral of the story dengan kasih sayang terhadap haiwan ? )



Ahad, 22 Ogos 2010

Introduction numbah two

Ok, td Survayarman Sambathan whatever yang buat introduction.  Kali ni aku plak. Blog ni dua orang share, ingat tu. Kalau x ingat senang je, Ingat muka terbelah "2" ingat blog ni "2" org share. Baiklah, biodata:


Nama : Gedik Krayon 

Nama Gelaran : "Apahal nama ko Gedik Krayon"

Umur : ada dua digit

Jantina : Jantan

Hobi : Kunyah Tebu, Shuffle, Tendang mainan perut lembu, Membaca Al-quran, curi kad pokemon orang

Rancangan Kegemaran : Family guy, Simpsons, Ryukendo, Berita tv3, Apa-apa rancangan yang ada audition seperti American Idol (sebab ada 3M : Mencarut, Mengamuk, Menangis)

Cita-cita : Jurutera ataupun Pengucah Tebu yang terkenal


 Lagu kegemaran : Hardstyle, SlipKnot, bunyi katak,cicak, cengkerik (bunyi dia mcm lagu techno cuma bezanya x henti2 lagunya. Jangan gelak doh, aku x buat lawak pon)

Kenderaan : Wheel chair, Wheel barrow, Feris Wheel, HotWheel (Sorry eh aku xkan letak Wheel Of justice. Mana boleh naik benda tu, betul x?betul)

Haiwan Peliharaan : Robot , Bab1, Landak comel. (betul. Robot ada kt Cabal Online, Bab1 ada kt Ninja Saga (facebook game), Landak comel kt Pet society (game Facebook)



Status : Single and still a virgin. (Perasan x aku letak noktah kadang2. Okla xpenting)

Pekerjaan :Penjual Pelampung terkenal di KL dan Pengedar Dadih ( secara Delivery. Cepat, pantas dan On time tanpa masalah kesesakan jalan raya ataupun lagg)

Pencapaian terbesar : Memiliki ladang yang besar dan complete dengan pelbagai haiwan ternakan serta hasil tanaman yang berkualiti tinggi (Betul do. Kalau x caya cuba add aku kt Facebook . Pastu ko bukak App ni "Farmville" . nnti ko tgk ladang aku, besar gila)

Makanan kegemaran : Masakan Ibu

Senjata kegemaran : Rasengan

Hantu kegemaran :  Ceplos

Game Online yg pernah main : Sudden Attack, Cabal, L4D online, CSO (kantoi)

Muka : handsome dan sexc mcm ni  {(-__-)}

 Benci : Video penderaan binatang (Bab1 kuasa dua betul pompuan tu yg pijak kucing dgn High Heels(tumit tinggi) . Kalau aku jumpa dia mmg aku sula dia dgn ekor naga dan tolak dia kt scene org muka belah biar muka dia terbelah)

Tu jela biodata aku. Sorry banyak sgt. Kalau cerita lg nnti korg terpikat kt aku plak bukan dekat Sambathan td.Kalau nk tau pasal muka org tu terbelah dua nnti aku share. Assalamualaikum. Nama aku ialah................... ialah...........Gedik Krayon. The End.

Introduction

Ok la, selepas mendapat kutukan daripada rakan2 yang tak macam rakan langsung
Aku akan buat sesi pengenalan diri

Ok aku buat pengenalan ni macam budak darjah satu buat

NAMA : TAMMAT BIN SARMIDI ( ye aku orang jawa )


NAMA SAMARAN : TUN V.T. SAMBANTHAN


UMUR :  p²


JANTINA : JANTAN 


HOBI : MELUKIS ORANG LIDI, MEMBACA SARIKATA, MENGANGKAT TONG GAS, MENIPU  


PEKERJAAN : PENGUSHA ( bukan pengusaha, pengusha )


CITA-CITA : NAK JADI BOS BESAR SYARIKAT TONG GAS


MAKANAN KEGEMARAN : NASI GORENG PATTAYA


MINUMAN KEGEMARAN : AIR MELLOW ( milo )



HAIWAN PELIHARAAN : PENYU


MUSIK KEGEMARAN : MUSIK BOLLYWOOD


PENYANYI KEGEMARAN : M. DOD KILAU ( eja nama pun salah )


WARNA KEGEMARAN : HITAM 


SENJATA KEGEMARAN : PISTOL MANIK DUA RINGGIT SETENGAH


RANCANGAN TV KEGEMARAN : AFI DAN ABAH / ADI DAN AYAH


KERETA KEGEMARAN : SAMPAN 


GAYUNG KEGEMARAN : BIRU


MILO SUAM KE SEJUK ? : SEJUK


HANTU KEGEMARAN : HANTU SERI KENCANA DEWI PERDANA ( merepek )


SUBJEK KEGEMARAN : REHAT


IMPIAN : NAK MERASA TACO 


Ok, aku rasa cukuplah tu. Tak payah nak cerita lagi. Karang kalau cerita lagi korang terpikat pulak.
Ingat, ade dua orang mengendali blog ni,
Ok tamat.

Jumaat, 20 Ogos 2010

"Kaki Busuk"

Pergh, sudah lama tidak update blog ni. Sorry eh kepada sesiapa yang membaca ni, sebab sudah sehari x update blog. Weh gelak ah do, aku buat lawak ni. Tidak mengapalah.

Para pembaca sekalian, tujuan saya mengupdate blog ini adalah untuk bertanya anda jika anda ada mengamalkan pembacaan Yassin pada setiap hari Khamis(Bajet karangan ucapan). Ok aku tipu. Tujuannya adalah untuk memberikan pengertian Kaki Busuk bagi blog aku ni. Kaki Busuk = kedua-dua belah kaki (kanan dan kiri jika anda tidak tahu) yang berbau busuk. Kalau korg fikir camtu tahniah diucapakan serta mercun Pop akan dihantarkan ke rumah anda. Ok aku tipu lagi, sbenarnya salah definisi kaki busuk td. Kantoi ah korg lemah BM(Beri Maksud. ha mesti ingat Bahasa Melayu)

Kaki Busuk tu maksudnya orang yang suka berbusuk. Faham X? Faham. Aku tanya aku jawab. Kalau tidak percaya cuba uji ni "Kaki Jurujual wanita, Kaki Buli, Kaki Botol, Kaki Palsu, Kaki Bangku" Kaki lembu pun jadilah. Nampak x persamaan Kaki Busuk dan kaki2 yg lain td?  Kalau xnampak mmg muka ko terbelah macam org tu yg buat parkour terjun ke laut. Muka dia comel jugak bila terbelah. Kalau nk tau pasal muka org tu terbelah nnti aku kongsikan.

Okla aku xtau nk buat penutup apa so aku buatla ayat matematik untuk korg  " 60 + 9 = 69" . Sekian, Assalamualaikum. (215 perkataan, xcaya jangan kira. Membazir 3 minit je)

Khamis, 19 Ogos 2010

Belog

Setelah bertahun membaca blog orang lain,
Jadi jeles kat blog orang lain
Menyampah tengok orang punya blog tak update,
Menyampah diorang cerita pasal

" Oh awekku yang lawa, kan ku toreh getah sambil makan Cloud 9 untukmu "


Menyampah dengan ejaan mereka yang tak berapa nak benar
Pastu penuh dgn smiley camni " :))) "

Tergerak hati nak menyampahkan orang lain.
Jadi aku buat la blog.

Bila buat blog. kena ade pendahuluan, kenalkan diri la ape la
Tapi
Aku paling tak suka buat pendahuluan, macam ni ah, pendahuluan.
OH BENCI SUNGGUH
Jadi malas aku nak buat.

Okeh, sape yang terserempak blog ini secara sengaja atau tidak sengaja
Tolong follow eh ?
Kalau orang gay, dia akan kata camni

" So sesape yang baca ni kan, I kaaaaan , nak kaaaaan, you all you all niiii, you please la follow I okaaaayy MUAHS "

Ok tamat.

P.S
Ade dua ekor lembu berbau wangi yang mengendali blog ni, kali ni lembu itu bernama HeNCewM LeMbUwR


Ok tipu, bapak gay nama itu