Isnin, 6 September 2010

Aku Sedih Bukan Sebab Raya ( Tun )

Pejam celik, pejam celik, belum raya lagi. Ok cuba pejam lagi sekali.

Pemejaman mata tiada kaitan dengan tajuk di atas. Ye, aku memang sedih, tapi bukan raya.

Kenapa sedih ? Kenapa bukan raya ? Dan kenapa raya sedih ? Aku pun tak tau kenapa. Kalau takat orang kat Malaysia ni, asal  Raya je sedih, asal Raya je nangis. Pastu pasang lagu sedih2

"Di Hari Rayaa wuu wuuu, terkenang daku wuuu wuuu kepada si wuuu wuu dia"

*nota : wuu wuu tu bunyi nangis.

Tapi hati aku sekarang tengah menangis lagu lain. Aku tak main ah lagu raya sedih2 wei ! Tak fancy ahh ! Ok mungkin hati aku tak menangis, mungkin hanya remuk, pecah, jatuh. Lantak hang nak translate. Nak tau lagu ape ? Lagunya bertajuk Mr. Bojangles. Nyanyian pakcik sedara aku Robbie Williams. Bukan Robin Williams yang berlakon 'Old Dogs' tu. Robbie Williams yang ni.


Hi pakcik...kenapa tak kasi tiket gi konsert pakcik ?


Kalau nak tau, itu konsert dia masa Raya tahun lepas. Nama konsert dia 'Riang Ria Raya Bersama Robbie Williams'. Pakcik aku ni memang penyanyi yang hebat. Dan aku, disebabkan mempunyai pertalian darah yang amat rapat, PUN ADE bakat menyanyi ni. Bukan belagak, tapi memang kenyataan (kadang-kadang, aku naik menyampah dengan diri aku sendiri)

Berbalik kepada cerita aku sedih...

Seperti para hadirin-hadirin, muslimin dan muslimat, anak-anak, cucu-cucu dan murid-murid yang dicintai tahu, aku memang stalker first class. Cakap je, ko nak mintak nombor tepon awek tu ? Bagi aku sehari, dijamin tak dapat. 2 hari boleh kot.... tu pun mungkin nombor rumah je....

Seperti biasa, aku bila bosan, akan mula men-stalk-ing orang2 lain. Tak kisah la dalam facebook ke, dalam tandas ke, mahupun tandas awam di Jusco. Tapi dalam kes ni, stalking di facebook ye. Dekat 2 jam ah aku stalk budak ni, memang best. Pelbagai ragam manusia berada di wallnya. Daripada yang menggelikan, ke yang lawak macam nak pecah usus, ade juga yang tak paham langsung. Dan of course, yang menyedihkan lagi sayu lagi lara lagi hiba.

Yang sedih tu, sebenarnya, aku ada penchant kat sorang budak ni. Tapi bila aku stalk wall dia semalam, ade seorang jejaka ni mengomen di statusnya, pastu girl ni mula membalas komen jejaka itu. Mula2, aku baca lawak, tiba-tiba aku dapat tahu dia...dia....dia.... AHHH SEEDIHHH LA WEEEEEI.

Takpe, aku tunjuk dia punya komen je

Jejaka : hahahaha, habistu buat ape nak beli lagi kalau dah ade..haha

Girl : Ehh, biarlaaah, aku suka nak beli banyak-banyak, baru seronok. hehe x)

NAMPAK TAK ! NAMPAK TAK ! TENGOK TU ! TENGOK BENDA YANG PELIK ADA KAT GIRL PUNYA KOMEN.

'x)'

Setahu aku, kalau mata orang dah macam huruf X. Tandanya dia DAH MATI ! Whadde??? Dia dah mati !?!!?!

Oh man, sedih gila, aku belum sempat luahkan cinta aku dia dah mati dah ? Weeei pulang la balik weiii. Weeeeiii jangan tinggalkan aku weiiii. Aku tak sempat kasi hadiah birthday ko lagi ni, ok bukan tak sempat, aku sekadar cakap je nak bagi....Tapi weiiiii balik ah weeeeeiiii.
wuu wuuu ;_;


Muka aku masa dapat tau dia dah mati semalam......


Begitulah kisah sedih aku. Kan aku cakap takde kaitan dengan raya...oh raya, tahun ni aku tak dapat raya bersamamu wahai cowok idamanku. Gaaaaaaaahh hiba gila.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan