Sabtu, 4 September 2010

Aku Seorang Heavy Metal ( Tun )

Tajuk di atas menerangkan segalanya. Aku memang suka lagu Heavy Metal. Boleh goyang kepala, boleh goyangkan badan, boleh goyangkan tangan. Bila pikir balik, agak sama lagu M Dod Kilau dengan Heavy Metal ni.

Ini lagi satu ayat bahasa inggeris aku tak paham. Besi berat. Kejadah apa ? Aku ingatkan kalau kita angkat besi berat, boleh nyanyi lagi Heavy Metal. Jadi aku berusaha bersungguh-sungguh mengangkat segala benda besi yang ada dalam rumah aku. Cth : Meja besi, kerusi besi, gigi besi dan tak lain tak bukan, sudu dan garfu besi. Tapi sampai sekarang suara aku tak macam Robert Plant daripada Led Zeppelin. Tapi sebenarnya, Heavy Metal ni mengacau love life aku....

Love life kalau translate bahasa melayu ialah 'cinta hidup'. Ye aku memang cinta hidup aku. Tapi bukan pasal tu, sepatutnya pasal aku punya hubungan dengan BUKAN kaum sejenis. Disebabkan aku cakap BUKAN kaum sejenis, maka korang paham-paham lah, bahawasanya kaum yang aku sebutkan tadi ialah kaum wanita.

Wanita/Perempuan/Girl/Anak Dara ni memang pelik. Aku banyak kali memikat diorang. Tak pernah nak layan. Setiap kali aku cakap, secara tiba-tiba aku kena tampar. Tak kena tampar, kena ludah dan segala benda-benda keji yang korang boleh pikirkan... Aku pun pelik, kenapa diorang tak nak layan aku ? Nak kata  kulit gelap, ramai lagi member aku yang kulit lebih gelap, nak kata tak hensem, ade lagi kehensem-an. Rupanya setelah beribu aweks aku cuba memikat baru aku tau sebabnya.

Dialog ini berlaku di padang awam sebelum bulan puasa di antara aku dan ade sorang pompuan ni. Kita panggil pompuan ni, Timah.

Aku : Hye... asal sorang2 kat sini you ?

Aku memulakan perbincangan dengan ayat paling rempit.

Timah : Hai awak, tengah tunggu si Kamsah tu haa.


Aku : Owhh ... bukan tunggu boyfwen la nie ?


Timah : Hishh awak ni, I manede boyfriend, still single lah


Aku : Owhh...

Masa ni aku dah gila eksaited, aku dapat rasakan cinta Si Timah ni kepada aku, aku rasa dah boleh 'ngap' je Timah ni

Aku : Soo, you ngan Kamsah nak gi manewr ?

Aku pun mula menyusun ayat paling romantik seorang rempit boleh buat walhal aku bukanlah seorang rempit. Motor pun tarak...

Timah : I nak gi Mid Valley dengan Kamsah, kitorang nak tengok cerita Avatar botak tu.


Aku : Avatar botak ? harhar... lawak la you nie. Sure ke tade boyfwen, you terlampau lawa untuk single larr...


Timah : Eh Tun, jangan la cakap camtu, malu I (sambil muka blushing)


Aku : Eh takdewr, u memang lawa larr. I sebenarnya dah lama minat kat you tau.. cuma I ingat orang selawa you nie dah adewr berpunye....


Timah : Awww so sweet la you ni. Cuba cakap, muka I lawa macam ape


Aku : Lawa macam guitar Kirk Hammet daripada band Metallica.

PAAP !
Singgah la sebuah/sebiji tapak tangan yang putih ke arah muka aku yang tak kurang putihnya.

Timah : APE NI HAA ?? YOU INGAT I NI GUITAR KE ?!?! TAK ROMANTIK LANGSUNG !!

Dan Timah pun lari dari situ....
Aku masih tak paham ape sebab dia nak penampar aku.Kemudian aku berbincang dengan pengarang blog ni yang lagi satu, Ak-47

"Yang ko bodoh sangat gi cakap dia guitar buat ape, memang la aweks tak nak kat ko, diorang nak pakwe jiwang, bukan pakwe Heavy Metal"

Cheh, dia pun minat Heavy Metal cam aku... tapi boleh pulak aweks minat kat dia.
Begitulah 'love life' aku yang sungguh menyedihkan. Sekarang ni, awek yang aku boleh dapat hanyalah Kisha iaitu jiran aku yang berumur 3 tahun....

P.S Gitar Kirk Hammet tu memang lawa la siot...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan